13 December 2012

Edisi Bahasa Melayu



Sinopsis


Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps

Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta bahawa lelaki dan perempuan itu berbeza sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza. Antara isu yang dikupas:

Mengapa lelaki mendengar seperti patung?

Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian?

Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta?

Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan?

Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri?

Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja?
Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar?
Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa?
Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik?


Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps boleh membantu pembaca mengenali manusia berlainan jantina dan juga diri sendiri. Sekaligus, dapat menggalakkan hubungan sesama jantina yang lebih sihat dan bebas tekanan, insyaAllah.

Rich Dad Poor Dad

Sebuah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. 
Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita :

Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang
Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
Menjadikan wang bekerja untuk kita

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.” - Robert T. Kiyosaki

Men Are From Mars, Women Are From Venus


Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi.

Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Dr. John Gray menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan serta bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia.

Beliau yang berpengalaman memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, juga memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam komunikasi, keperluan emosi dan tingkahlaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan.

Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia memberikan pelbagai tips berguna dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan berkesan.

sumber: google

No comments:

Post a Comment