Showing posts with label Sunnah Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Rasulullah. Show all posts

26 February 2013

100 Pesanan Terakhir Rasulullah (Bahagian 3)






Sedikit perkongsian :)
Pesanan Untuk Kaum Lelaki
Di antara pesanan Rasulullah s.a.w kepada kaum lelaki ialah:
  • Hendaklah bangun mengerjakan solat pada pertengahan malam walaupun sekadar dua rakaat pendek.
  • Barangsiapa yang diberikan Nikmat dari-Nya dan dia bersyukur, diberi dugaan oleh-Nya dan dia bersabar, jika berbuat jahat dia memohon ampun, nescaya dia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dikehendaki.
  • Amalkanlah memanjangkan zikir dan membaca Al-Quran setiap kali selesai solat Subuh. 
  • Lazimkan diri menyebut nama Allah sebelum terbit fajar dan terbit matahari. 
  • Biasakan diri berdoa antara azan dan iqamat. 
  • Sesiapa yang mengamalkan surah al-Mulk dan surah al-Sajadah sebelum tidur pada setiap malam, Allah akan mengutuskan teman untuknya di dalam kubur dan meringankan di alam barzakh.
  • Tebarkan salam kepada sesama muslim.


Pesanan Untuk Kaum Wanita
Beberapa peringatan dari Rasulullah s.a.w untuk kaum wanita:

  • Bagi wanita yang mengandung, para malaikat akan beristighfar untuknya dan Allah mencatatkan baginya 100 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan setiap hari.
  • Jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya, janggutnya, memotong misainya dan memotong kukunya, dia akan diberi minum oleh Allah dari air sungai di syurga, diiringi Allah ketika sakaratulmaut dan kuburnya akan dijadikan taman syurga.
  • Mana-mana wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
  • Apabila seorang wanita taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya.

Baca lebih lanjut tentang pesanan ini dan banyak lagi, dari buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah (tulisan oleh Muhd Nasruddin Dasuki, terbitan Karya Bestari).

Dapatkan buku ini pada harga istimewa RM10 tidak termasuk pos (harga pasaran: RM18.00 Semenanjung, RM21.00 Sabah/Sarawak), sila email kepada: syahidayep@gmail.com atau dsbuku@gmail.com. Stok terhad. Siapa cepat, dia dapat! :)

21 January 2013

100 Pesanan Terakhir Rasulullah (Bahagian 2)



Salam 10 Rabiulawal 1434. 

Sedikit perkongsian daripada Bab 13, 100 Pesanan Terakhir Rasulullah;

Rasulullah saw merupakan orang yang banyak memberi tanpa mengharapkan balasan. Selain memberi sedekah, baginda juga memberikan ilmu kepada sesiapa malah pada suatu ketika Rasulullah saw sendiri berasa masih banyak lagi yang tidak diberikan kepada orang yang memerlukan.

Subhanallah. Betapa CANTIKnya keperibadian Nabi saw. Bagaimana dengan kita? Berapa banyakkah yang telah kita beri kepada orang lain selama ini? #peringatan untuk diri sendiri

Memberi, tidak semestinya harta. Memberi senyuman, kemaafan, ilmu, kata-kata manis, rasa hormat, ucapan salam, berjabat tangan, berterima kasih dan apa juga pemberian bukan material adalah sangat digalakkan.

Kalau  difikirkan, terlalu banyak yang telah Allah beri kepada kita tetapi terlalu sedikit pula yang kita berikan semula kepada-Nya. Nikmat Allah kepada hamba-hambanya tidak terhitung.

Memberi tanpa mengharapkan balasan. Itulah yang sewajarnya. Jom kita sama-sama mencontohi sikap Nabi saw. Jom ucapkan Alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirrahim,

dari mukasurat 56, buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah.

6 January 2013

Pesona Didik Anak Cara Sunnah


"Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh." dari muka depan buku Pesona Didik Anak Cara Sunnah.

Buku yang sangat komprehensif. Wajib dimiliki dan dibaca oleh semua ibu bapa muslim.

Lengkap dengan fakta, doa, petikan surah-surah Al-Quran, cerita-cerita tentang bagaimana Rasulullah mencintai dan menyayangi kanak-kanak. Sangat menarik!


Baginda Rasul saw bersabda,

"Tidak ada pemberian seorang bapa kepada seorang anak yang lebih baik (utama) daripada adab yang baik."                                                 
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


So, tunggu apalagi, pergi cari di kedai buku berdekatan anda sekarang :)

**Harga RM22 Semenanjung, RM24 Sabah Sarawak.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah


Saya suka buku ini. Banyak tips menarik. 

Kupasannya bukan setakat info kesihatan, tetapi juga isu-isu perubatan dan ibadah. Pendekata, ia sebuah buku kesihatan cara islami, sebagaimana yang diamalkan oleh idola kita, Rasulullah saw.

Saya kongsikan petua hidup sihat TANPA ubat (petikan daripada buku ini);

"Petua hidup sihat tanpa ubat adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6.5jam sehari. Mengikut sunah nabi, elok bagi kita tidur dengan menghadap ke kanan. Selain itu, bersenamlah sebanyak tiga kali seminggu. Setiap senaman perlu dilakukan antara 20 hingga 40 minit. Menghirup udara segar pada waktu pagi dapat memperbaiki pernafasan kita. Tekanan pula dapat dikawal dengan berserah diri kepada Allah."

Tips yang nampak mudah, tapi harus istiqamah dengan amalan-amalan ini untuk melihat kesan optimum pada kesihatan anda. 

Ayuh, tukar amalan tidur anda. Jom bersenam 3 kali seminggu! :)

**Harga RM10.90 Semenanjung, RM12.90 Sabah Sarawak