6 January 2013

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah


Saya suka buku ini. Banyak tips menarik. 

Kupasannya bukan setakat info kesihatan, tetapi juga isu-isu perubatan dan ibadah. Pendekata, ia sebuah buku kesihatan cara islami, sebagaimana yang diamalkan oleh idola kita, Rasulullah saw.

Saya kongsikan petua hidup sihat TANPA ubat (petikan daripada buku ini);

"Petua hidup sihat tanpa ubat adalah dengan mendapatkan tidur yang mencukupi sekitar 6.5jam sehari. Mengikut sunah nabi, elok bagi kita tidur dengan menghadap ke kanan. Selain itu, bersenamlah sebanyak tiga kali seminggu. Setiap senaman perlu dilakukan antara 20 hingga 40 minit. Menghirup udara segar pada waktu pagi dapat memperbaiki pernafasan kita. Tekanan pula dapat dikawal dengan berserah diri kepada Allah."

Tips yang nampak mudah, tapi harus istiqamah dengan amalan-amalan ini untuk melihat kesan optimum pada kesihatan anda. 

Ayuh, tukar amalan tidur anda. Jom bersenam 3 kali seminggu! :)

**Harga RM10.90 Semenanjung, RM12.90 Sabah Sarawak

No comments:

Post a Comment