Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

22 January 2013

Oh! Wishlist (Bahagian 2)


11 Rabiulawal 1434H.  Esok hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta. Pagi tadi, melayan lagu-lagu tentang Rasulullah di ikim.fm, terasa sebak dan bergenang air mata.

Sebelum ini, Maulidur Rasul hanyalah salah satu daripada senarai cuti umum yang ditunggu-tunggu. Itu dulu. Sekarang, saya rasa terpanggil untuk lebih mengenali tentang Rasul kita, khalifah Allah yang sempurna personalitinya. Subhanallah. Alhamdulillah. Salah satu cara mengenali Nabi s.a.w ialah melalui buku. Hari ini, cukup banyak buku-buku tentang Rasulullah s.a.w di pasaran. 

dari google


101 Akhlak Rasulullah. Sangat sesuai untuk anak-anak. Orang kata, don't judge a book by its cover. Tapi, cover buku ini sangat menarik dan penuh warna. Anak-anak tentu suka. InsyaAllah, mereka akan lebih bersemangat membaca tentang peribadi dan akhlak Nabi s.a.w.


dari google

Syamail Muhammad s.a.w. Saya pilih untuk membeli buku ini untuk diri sendiri. Buku-buku terbitan Telaga Biru jarang mengecewakan. Melihat ustaz Dr.Zahazan Mohamed menyebut secara ringkas tentang buku ini di slot Malaysia Hari ini, tv3 minggu lepas buat saya tak sabar untuk cari dan beli buku ini segera. 

Katanya, buku ini adalah himpunan hadis oleh imam at-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w dalam 5 aspek kehidupan baginda iaitu; fizikal, tingkahlaku, ibadah, hubungan dan akhlak dan perjalanan hidup Nabi s.a.w secara amnya. Jom beli jom! 


dari facebook

Sedikit perkongsian pagi ini;

Sebuah hadis sahih daripada Imam Bukhari, "Rasulullah s.a.w mengingatkan katanya, ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi rugi gara-gara dua kenikmatan ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat waktu lapang."


Rasulullah s.a.w. Idola terbaik dalam kehidupan.

Sihat selalu! :)

12 January 2013

Oh! Wishlist

kredit foto: bookcafe

Wishlist saya:
1. Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf
2. Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah
3. Jejak Bisnes Rasul

Mencungkil rahsia bisnes cara islami, dah tentu menarik! 
Tak sabar rasanya nak beli ketiga-tiga buku ini. Kalau dapat salah satu pun, sudah syukur Alhamdulillah.

Ulasan buku Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman bin Auf ---> Klik sini 
Sinopsis buku Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah ---> Klik sini
Review buku Jejak Bisnes Rasul ---> Klik sini

Excited. Tak sabar nak beli dan baca sendiri :)

"Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah." surah al-Hasyar ayat 7 
(Petikan dari buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah)