Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Kanak-kanak. Show all posts

22 January 2013

Oh! Wishlist (Bahagian 2)


11 Rabiulawal 1434H.  Esok hari ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta. Pagi tadi, melayan lagu-lagu tentang Rasulullah di ikim.fm, terasa sebak dan bergenang air mata.

Sebelum ini, Maulidur Rasul hanyalah salah satu daripada senarai cuti umum yang ditunggu-tunggu. Itu dulu. Sekarang, saya rasa terpanggil untuk lebih mengenali tentang Rasul kita, khalifah Allah yang sempurna personalitinya. Subhanallah. Alhamdulillah. Salah satu cara mengenali Nabi s.a.w ialah melalui buku. Hari ini, cukup banyak buku-buku tentang Rasulullah s.a.w di pasaran. 

dari google


101 Akhlak Rasulullah. Sangat sesuai untuk anak-anak. Orang kata, don't judge a book by its cover. Tapi, cover buku ini sangat menarik dan penuh warna. Anak-anak tentu suka. InsyaAllah, mereka akan lebih bersemangat membaca tentang peribadi dan akhlak Nabi s.a.w.


dari google

Syamail Muhammad s.a.w. Saya pilih untuk membeli buku ini untuk diri sendiri. Buku-buku terbitan Telaga Biru jarang mengecewakan. Melihat ustaz Dr.Zahazan Mohamed menyebut secara ringkas tentang buku ini di slot Malaysia Hari ini, tv3 minggu lepas buat saya tak sabar untuk cari dan beli buku ini segera. 

Katanya, buku ini adalah himpunan hadis oleh imam at-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w dalam 5 aspek kehidupan baginda iaitu; fizikal, tingkahlaku, ibadah, hubungan dan akhlak dan perjalanan hidup Nabi s.a.w secara amnya. Jom beli jom! 


dari facebook

Sedikit perkongsian pagi ini;

Sebuah hadis sahih daripada Imam Bukhari, "Rasulullah s.a.w mengingatkan katanya, ada dua kenikmatan, banyak manusia menjadi rugi gara-gara dua kenikmatan ini iaitu nikmat kesihatan dan nikmat waktu lapang."


Rasulullah s.a.w. Idola terbaik dalam kehidupan.

Sihat selalu! :)

9 January 2013

31 Kisah Nabi


31 Kisah Nabi. Satu lagi buku agama kegemaran anak-anak dan saya.
Visual-visual berwarna dan lukisan-lukisan comel pada buku ini mencetuskan rasa ingin membaca pada anak-anak.

Dari manakan asal usul manusia?
Siapakah orang pertama yang menggunakan teknologi alat tulis?
Siapakah di antara Nabi yang mempunyai suara terbaik di zamannya?
Siapakah Nabi yang kalis api?
Nabi manakah yang mampu melembutkan besi dengan tangannya sendiri?

...dan banyak lagi soalan-soalan yang dijawab melalui kisah-kisah Nabi didalam naskhah ini.

Di penghujung setiap kisah juga, diselitkan kata-kata hikmah yang positif dan sarat nasihat untuk anak-anak.
Buku ini adalah salah satu medium terbaik untuk mengajar anak-anak mengenal, percaya dan cintakan Nabi kita. 



Buku ini mempunyai 209 mukasurat , termasuk glosari perkataan.
31 Kisah Nabi. Highly recommended! 

dari buku 31 Kisah Nabi;
" Doa atau tasbih Nabi Yunus yang boleh kita amalkan. 
Ia adalah salah satu doa mustajab. 
Doa itu berbunyi, 
Lailaha illa anta, subhanaka inni kuntuminazzolimin."

**Harga: RM31 Semenanjung, RM34 Sabah Sarawak.

Al-Quran Pertamaku, Juzuk Amma


Al-Quran Pertamaku, Juzuk Amma.
Kitab yang sangat sesuai sebagai pengenalan kepada Al-Quran untuk anak-anak.

Saya sukakan kualiti hard-cover buku ini. Selain itu, ia penuh warna-warni, dipenuhi illustrasi comel dan dan menarik, memang menepati citarasa anak-anak.

Saya jadikan kitab ini sebagai rujukan dalam sesi story-telling saya bersama anak-anak. Kadang-kadang, saya lihat anak saya sendiri membelek-belek dan membaca kitab ini sendiri.Memang mereka suka dan tertarik.

Al-Quran tidak membosankan. Al-Quran penuh ilmu dan boleh dibaca secara santai. Itulah 'mesej' yang digambarkan menerusi wajah kulit buku ini yang sangat adorable

Mengandungi 37 surah dalam Juzuk Amma. 267 halaman. 





Setiap surah lengkap dengan terjemahan. Juga ada cerita-cerita di sebalik setiap surah. Kehebatan Surah, info Surah, ruangan Asbabun Nuzul, hadis Rasulullah saw serta hikayat para Nabi dan sahabat.






Diterbitkan oleh Blue-T Publication Sdn. Bhd.
**Harga RM89 Semenanjung, RM94 Sabah Sarawak.



Mahu ajar anak-anak mengenal surah-surah Juzuk Amma, membaca, menghafaz dan memahami isi Al-Quran? Inilah kitabnya. Ia sesuai bukan saja untuk kanak-kanak, malah untuk semua golongan. I like! :)

Sedikit petikan dari buku ini;

"Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sering membaca surah An-Nas dan Al-Falaq dengan surah-surah yang lain. Kemudian Rasulullah SAW meniup ke atas dua telapak tangan dan kemudian menyapu kepala, wajah dan seluruh tubuh. 
Demikianlah yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk memohon perlindungan Allah SWT dengan menggunakan kedua surah tersebut. "
(Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud dan an-Nasai)