21 November 2012

Bukan Sekadar Resepi


"Bukan Sekadar Resepi. Kisah-kisah mencuit emosi di sebalik 50 juadah pemanis hati." ayat yang tertulis di kulit buku. 


The book speaks the title. Inilah yang saya rasakan selepas tamat membaca karya Roza Roslan ini.





Bukan Sekadar Resepi. Mengandungi lebih kurang 50 koleksi resepi di dalamnya, daripada jemput-jemput, nasi goreng dan bubur nasi keledek, kepada nasi minyak, roti mariam, sup berkrim, kek Dundee, tart telur North Wales, Baklava dan Nasi Arab.



Memasak bukan hobi saya. Tapi saya suka melihat gambar-gambar juadah dan masakan. Cuci mata.hehe



Sepertimana buku-buku resepi lain, naskhah Roza Roslan ini turut memaparkan visual juadah dan masakan. Penuh warna. Sangat menggamit selera.




Kesemua resepi yang dikongsi penulis juga, mempunyai kisah disebaliknya. Kisah-kisah 'luar biasa'.Tentang kasih sayang dan keluarga, tentang sahabat dan saudara, tentang negara dan budaya. Suka dan duka. Sejarah, memori dan kenangan di dalam 343 halaman.

"Roza memasak dengan hati."Muhd Kamil Ibrahim, suami kepada penulis (Roza Roslan).

"Ia kisah perjalanan hampir 45 tahun menikmati pelbagai resepi yang telah dianugerah Allah.", Shamsiah Ibrahim.

"Buku ini sangat MESRA sifatnya. Ia sangat mesra sehingga menyebabkan saya tersenyum simpul,tertawa kecil, berasa sebak dan sayu, serta ada ketikanya menyebabkan minda perlu berfikir panjang mengenangi pelbagai nikmat Allah yang sering dilupakan.", Datin Norashikin Zaini.

"Penulis bijak bermain dengan emosi pembaca. Hebat sekali bagaimana penulis mengaitkan setiap resepi dengan liku-liku perjalanan hidup beliau lalu disulami pula dengan petikan atau kisah-kisah daripada al-Quran.", Salarwaty Abd Rahman.

Itulah antara komen-komen bernas di ruangan Kata Pengantar.

Puan Roza Roslan menulis dari hati.
Puan Roza Roslan berkongsi kerana Ilahi.
Subhanallah. Alhamdulillah.

**Harga: RM35.00 Semenanjung, RM37.00 Sabah Sarawak

2 comments:

  1. Macamana saya nk dapatkan buku ni, di kedai bukudh out of stok. Ada cetakan ulangan

    ReplyDelete
  2. Tuan/Puan boleh cuba beli online di Sinar Suci Online shop

    ReplyDelete